HomeUtamaAmang seksual anak sendiri, bapa dipenjara 12 tahun, 2 sebatan

Amang seksual anak sendiri, bapa dipenjara 12 tahun, 2 sebatan

Read Time:48 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang operator kilang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya, tiga tahun lalu.

Hakim Hurman Hussain turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Tertuduh, lelaki berusia 36 tahun, didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun.di sebuah rumah pekerja di Inanam pada 15 Ogos 2023.

Dia disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Pendakwaan memanggil empat saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan tiga saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali dan Nigel Neong Kaning.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: 180 hari cukup untuk putuskan isu 40 peratus –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular