HomeUtamaSANA perkasa khidmat komuniti, laksana projek rintis modul panduan penjagaan am

SANA perkasa khidmat komuniti, laksana projek rintis modul panduan penjagaan am

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Jururawat Sabah (SANA) memperluaskan inisiatif khidmat masyarakatnya melalui pelaksanaan projek rintis modul Panduan Penjagaan Am Bagi Pesakit Terlantar dan Warga Emas untuk Penjaga.

Presiden Persatuan Jururawat Sabah, Tumble Ngadiran berkata, inisiatif tersebut bertujuan memberi bimbingan dan latihan praktikal kepada ahli keluarga serta penjaga yang menguruskan pesakit terlantar atau warga emas selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Modul yang telah dimurnikan ini menekankan elemen kesediaan mental dan fizikal penjaga, selain aspek teknikal seperti penjagaan kebersihan diri, pemakanan, serta keselamatan pesakit.

“Modul ini bukan sekadar teori, malah ia memerlukan latihan secara ‘hands-on’ terutamanya dalam aspek mengendalikan pesakit, seperti teknik mengangkat dan mengubah posisi pesakit bagi mengelakkan komplikasi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.

Tumble berkata, tujuan kunjungan itu adalah bagi memperkenalkan barisan kepimpinan persatuan selain mengutarakan cadangan berkenaan inisiatif latihan penjagaan di rumah.

Beliau berkata, projek rintis itu akan bermula di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan menyasarkan penjaga yang dikenal pasti memerlukan bantuan, termasuk mereka yang menguruskan warga emas dengan masalah demensia atau kecenderungan merayau.

“Latihan ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dalam kalangan ahli SANA sendiri yang terdiri daripada jururawat berdaftar, termasuk mereka yang telah bersara namun masih mengekalkan Sijil Pengamalan Tahunan (APC) melalui kursus peningkatan ilmu yang berterusan.

“Tun Musa memberikan respon positif dan beranggapan inisiatif ini amat baik serta ingin melihat komitmen kami dalam menjayakan projek ini memandangkan terdapat pesara yang sudah 10 tahun berhenti namun masih aktif menyumbang tenaga,” katanya.

Setakat ini, SANA mempunyai lebih 10,000 orang ahli yang merangkumi jururawat di sektor awam dan juga swasta.

RELATED ARTICLES
Utama

Beaufort, Telupid alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular