HomeUtamaBelon Udara Panas: Tarikan pelancongan baharu Sabah

Belon Udara Panas: Tarikan pelancongan baharu Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Sabah perlu mengubah pendekatan pembangunan pelancongan ke arah yang lebih mampan, berdaya tahan dan berdaya saing.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, industri pelancongan perlu dilihat sebagai sektor ekonomi strategik yang mampu memacu pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkukuh ekonomi negeri secara menyeluruh.

“Kita tidak lagi boleh hanya menumpukan kepada jumlah pelancong semata-mata. Sebaliknya, fokus kita perlu beralih kepada kualiti pengalaman, nilai perbelanjaan dan impak ekonomi yang dihasilkan.

“Inilah asas kepada pembangunan pelancongan yang mampan, berdaya tahan dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Hot Air Balloon oleh Sabapark Eco Sdn. Bhd. di sini, baru-baru ini.

Jafry berkata Sabapark Eco Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif memperkenalkan satu lagi produk pelancongan baharu yang mencerminkan keberanian, inovasi dan komitmen dalam memajukan industri pelancongan negeri Sabah.

“Inisiatif yang dilancarkan pada hari ini membawa satu dimensi baharu kepada landskap pelancongan Sabah. Ia membuka ruang kepada pengalaman unik yang bukan sahaja menarik minat pelancong dalam dan luar negara, malah berpotensi meningkatkan nilai keseluruhan industri,” katanya.

Namun, Jafry menegaskan kejayaan sesuatu inisiatif tidak diukur pada hari peluncurannya, tetapi pada keupayaannya untuk berkembang, bertahan dan memberi manfaat dalam jangka panjang.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan pelancongan juga perlu memberi kesan limpahan kepada sektor lain termasuk perhotelan, pengangkutan, makanan dan minuman serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau turut menegaskan kepentingan pembangunan modal insan tempatan bagi memastikan anak negeri Sabah mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk terlibat secara aktif dalam industri pelancongan.
Kerajaan negeri, katanya, akan terus berperanan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan industri tersebut.

Jafry berkata kejayaan industri pelancongan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, pemain industri dan komuniti.

“Kerajaan melalui Kementerian saya akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang kondusif.

“Namun kejayaan sebenar tidak bergantung kepada satu pihak sahaja. Ia memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta, pemain industri dan komuniti untuk bergerak seiring ke arah matlamat yang sama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SANA perkasa khidmat komuniti, laksana projek rintis modul panduan penjagaan am

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular