HomeUtamaTenom daerah terbaharu alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

Tenom daerah terbaharu alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

Read Time:54 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Daerah Tenom menjadi kawasan terbaharu dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.

Sebelum ini, dua daerah lain di Sabah iaitu Beaufort dan Telupid turut dilaporkan mengalami cuaca sama menjadi tiga daerah di negeri ini mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga..

Selain Sabah, beberapa kawasan lain di Semenanjung turut dilaporkan mengalami cuaca sama.

“Terdapat tiga kawasan di Sabah berada pada tahap satu berjaga-jaga iaitu Beaufort, Tenom dan Telupid.

“Terdapat 15 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Sik, Pokok Sena & Padang Terap) Kedah, (Hulu Perak) Perak, (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh & Machang) Kelantan dan (Gombak) Selangor,” menurut kenyataan itu di sini.

Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Demi anak autisme, bapa cetus larian inklusif di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular