HomeUtamaBekas CEO dibebaskan dari tuduhan salah guna kuasa lebih RM2 juta

Bekas CEO dibebaskan dari tuduhan salah guna kuasa lebih RM2 juta

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat yang berdepan dua pertuduhan salah guna kuasa membabitkan lebih RM2 juta dibebaskan oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga melepas dan membebaskan Sulaiman Mohd Noor, 59, tanpa dipanggil membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, Sulaiman selaku pegawai badan awam iaitu CEO YBS Tenaga Sdn. Bhd., didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2,275,115.92  dengan melantik Syarikat Pemborong Tambun Jaya bagi melaksanakan kerja “Mechanical and Electrical Works (33KV Transmission Line)”.

Bagi pertuduhan kedua, Sulaiman didakwa melantik syarikat sama untuk menjalankan kerja “Maintenance Works For Existing Road To Kg. Minitampak 3 (Chainage KM2,00 to KM8.00)” bernilai RM313,963.40.

Pertuduhan menyatakan tertuduh adalah pemilik bersama Syarikat Pemborong Tambun Jaya yang merupakan subkontraktor kepada YBS Tenaga Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan masing-masing pada 12 Mac 2018 dan 2 Oktober 2017 di pejabat YBS Tenaga Sdn. Bhd. di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sulaiman menagku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu pada 4 Februari 2022.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 5 Februari 2024, pihak pendakwaan telah memanggil 14 orang saksi untuk memberi penerangan.

Sulaiman diwakili peguam Zahir Shah manakala Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

JPNS sasar kekalkan momentum cemerlang pendidikan, bukti anak Sabah mampu bersaing...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular