HomeUtamaCAAM Perkukuh Kecekapan Ruang Udara, Kukuhkan Peranan Malaysia Sebagai Hab Penerbangan Serantau

CAAM Perkukuh Kecekapan Ruang Udara, Kukuhkan Peranan Malaysia Sebagai Hab Penerbangan Serantau

Read Time:1 Minute, 43 Second

SEPANG Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, (CAAM) terus memperkukuh kecekapan pengurusan ruang udara negara merangkumi Flight Information Region (FIR) Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan utama di Asia Tenggara.

CAAM dalam kenyataan memaklumkan, peningkatan kecekapan itu dilaksanakan ketika landskap penerbangan global terus berdepan perubahan corak trafik dan cabaran operasi yang semakin kompleks.

Menurut CAAM, ruang udara Malaysia menunjukkan tahap daya tahan operasi yang kukuh dalam mengendalikan aliran trafik berkepadatan tinggi secara selamat dan efisien, termasuk menerusi kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai antara lapangan terbang paling sibuk di Asia Tenggara.

Antara laluan utama yang terus merekodkan kekerapan penerbangan tinggi ialah Kuala Lumpur–Singapura, Jakarta–Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu–Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan peranan strategik Malaysia dalam memastikan kesinambungan hubungan udara serantau ASEAN.

CAAM berkata, penambahbaikan berterusan dalam reka bentuk ruang udara dan pengurusan trafik udara membolehkan kedua-dua FIR Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu menampung peningkatan jumlah trafik sambil mengekalkan standard keselamatan dan kecekapan yang tinggi.

Ia termasuk pelaksanaan prosedur Required Navigation Performance Approach (RNP APCH) di KLIA selain penggunaan penuh sistem Performance-Based Navigation (PBN) SID/STAR dan RNP APCH di FIR Kota Kinabalu bagi membolehkan laluan penerbangan lebih tepat, mengurangkan jarak penerbangan serta meningkatkan kecekapan ketibaan dan pelepasan pesawat.

Selain itu, peluasan operasi Direct Route Operations (DRO) dan User Preferred Routes (UPR) membolehkan pesawat menggunakan laluan lebih fleksibel dan efisien, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik udara, masa penerbangan dan penggunaan bahan api.

CAAM turut memaklumkan penggunaan teknologi pengurusan trafik udara moden seperti System Wide Information Management (SWIM) dan Flight and Flow Information for a Collaborative Environment (FF-ICE) meningkatkan perkongsian data masa nyata serta memperkukuh koordinasi operasi penerbangan.

Menurut kenyataan itu, FIR Kuala Lumpur kekal sebagai nod utama laluan penerbangan serantau manakala FIR Kota Kinabalu terus memperkukuh hubungan udara di Malaysia Timur serta menyokong pertumbuhan trafik rentas sempadan.

CAAM menegaskan Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk terus menyokong pergerakan penumpang dan kargo di rantau Asia Pasifik, selaras komitmen negara memastikan ruang udara yang selamat, cekap dan responsif terhadap perkembangan global.

RELATED ARTICLES
Utama

JKKK perlu lebih aktif turun padang, fahami keperluan masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular