HomeUtamaProgram komuniti bergerak dekati penduduk Kg Meligan

Program komuniti bergerak dekati penduduk Kg Meligan

Read Time:57 Second

Sipitang: Penduduk Kampung Meligan di sini menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan.

Program itu bertujuan memperluaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat luar bandar.

Dalam program yang berlangsung pada Sabtu itu, Bahagian Kualiti dan Komunikasi Korporat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah, melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan perkhidmatan imigresen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dokumentasi perjalanan.

JIM Sabah berkata antara aktiviti utama yang dijalankan ialah taklimat pengurusan Pasport Malaysia yang memberi penerangan berhubung prosedur permohonan dan pembaharuan pasport.

“Selain itu, orang ramai turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat secara terus mengenai pelbagai urusan berkaitan imigresen termasuk permohonan dokumen perjalanan. Kaunter reruai JIM ini turut dibantu oleh pegawai daripada Pejabat Imigresen Sipitang,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

JIM Sabah berkata, penganjuran Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih inklusif dan mesra rakyat, khususnya kepada komuniti di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Sambutan positif daripada penduduk setempat jelas menunjukkan keperluan program sebegini diteruskan pada masa akan datang demi memastikan masyarakat sentiasa mendapat akses kepada maklumat dan perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Petrol, bot dan enjin sangkut dirampas dalam Ops Tiris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular