HomeUtamaSabah masih perlukan lebih ramai pakar perubatan - William

Sabah masih perlukan lebih ramai pakar perubatan – William

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih memerlukan lebih ramai pakar perubatan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Pengarah JKNS, Datuk Dr. William Gotulis berkata, keperluan itu turut melibatkan jawatan Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat dan yang diperlukan di beberapa fasiliti kesihatan.

“Sebenarnya jumlah itu bergantung kepada kategori contohnya kepakaran, memang kita masih memerlukan dan sentiasa berhubung dengan kementerian untuk memastikan bilangan kepakaran itu bertambah.

“Memang kita masih perlu jururawat dan penolong pegawai perubatan, tetapi kita sentiasa berhubung dengan pihak berkaitan untuk memastikan bekalan itu mencukupi.

“Tetapi isu utama yang saya lihat ialah pegawai perubatan dari Sabah sendiri sangat rendah. Hanya 30 peratus daripada doktor di Sabah adalah anak tempatan manakala 70 peratus lagi dari luar Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.

William berkata, selain memperkenalkan diri, kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan informasi terkini terutama berkaitan dengan pembangunan JKNS.

Dalam pada itu, beliau berkata, JKNS kini meningkatkan pengawasan dalam menghadapi ancaman jangkitan Hantavirus.

“Kami akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan perkara ini,” katanya.

William dilantik sebagai Pengarah JKNS yang baharu berkuat kuasa 21 Ogos 2025 menggantikan Datuk Dr. Maria Suleiman yang bersara pada 26 Jun 2025.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga Filipina, Indonesia antara 38 ditahan dalam operasi Imigresen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular