HomeUtamaWarga Filipina, Indonesia antara 38 ditahan dalam operasi Imigresen

Warga Filipina, Indonesia antara 38 ditahan dalam operasi Imigresen

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seramai 38 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di daerah Kudat dan Tawau.

JIM Sabah dalam kenyataan memaklumkan operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Ops Sapu dan Ops Mahir di Kudat serta Ops Sapu di Tawau.

Di Kudat, Ops Mahir yang dijalankan memeriksa seramai 20 individu dan menahan 15 warga asing kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Tangkapan di Kudat membabitkan warga Filipina terdiri daripada tiga lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan utu.

Sementara itu di Tawau, operasi Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar memeriksa seramai 56 individu dan menahan 23 warga asing.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Filipina iaitu 10 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa dan dua kanak-kanak perempuan.

“Selain itu, turut ditahan ialah warga Indonesia terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa, serta seorang lelaki dewasa warga India,” katanya.

Menurut kenyataan itu, JIM Sabah akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu sekolah daif tidak wajar diputarbelit demi politik – James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular