HomeUtamaJalan Lahad Datu–Kunak dibuka semula - JKR Sabah

Jalan Lahad Datu–Kunak dibuka semula – JKR Sabah

Read Time:53 Second

LAHAD DATU: Laluan di Jalan Lahad Datu–Kunak yang terjejas akibat kegagalan tambakan jalan di Kilometer CH97+100 kini kembali dibuka kepada pengguna selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) berjaya menyiapkan laluan sementara dua lorong petang tadi.

JKR Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan laluan sementara itu siap sepenuhnya pada jam 6.20 petang sebelum trafik dibuka semula di kedua-dua arah.

Terdahulu, kejadian kegagalan tambakan jalan sepanjang kira-kira 40 meter pada Jalan Lahad Datu–Kunak, Pakej Kerja WP20, menyebabkan laluan trafik bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara demi keselamatan pengguna jalan raya.

Susulan itu, pihak penyelia tapak bersama kontraktor pakej kerja segera melaksanakan kerja-kerja pembinaan lencongan sementara bagi memastikan aliran trafik dapat dipulihkan secepat mungkin.

Kerja-kerja pemasangan, hamparan dan pemadatan bahan ‘crusher run’ turut dijalankan bagi memastikan laluan sementara tersebut selamat digunakan.

JKR Sabah menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mengurangkan kelajuan ketika melalui kawasan berkenaan kerana laluan yang digunakan masih bersifat sementara.

Orang ramai juga diminta mematuhi arahan papan tanda serta petugas di lokasi bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki diperintah bela diri amang seksual remaja bawah umur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular