HomeIsu tempatan18 tong drum herisi petrol dirampas di Muara Sungai Kampung Pagason

18 tong drum herisi petrol dirampas di Muara Sungai Kampung Pagason

Read Time:1 Minute, 6 Second

KUDAT: Penemuan 18 tong drum plastik berisi 3,600 liter petrol yang terapung di muara sungai Kampung Pagason, Pitas mendedahkan taktik licik sindiket yang dipercayai cuba menyembunyikan kegiatan penyelewengan barang kawalan daripada dikesan pihak berkuasa.

Ketua Cawangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat Nazatul Shima Karim berkata, petrol yang disimpan dalam tong drum berkapasiti kira-kira 200 liter setiap satu itu ditemui oleh Kompeni C, Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kudat semasa menjalankan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu).

Beliau berkata, penggunaan kawasan muara sungai yang agak terpencil dipercayai menjadi strategi pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan serta menyembunyikan aktiviti penyelewengan daripada dihidu oleh pihak berkuasa.

“Minyak petrol tersebut dijumpai secara terapung di kawasan muara sungai Kampung Pagason, Pitas. 

“Aktiviti tidak bermoral ini dipercayai dilakukan di kawasan terpencil bagi mengaburi penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Nazatul berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM7,164 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kes berkenaan telah diserahkan oleh PGA kepada KPDN Cawangan Kudat untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, KPDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan memastikan bekalan sampai kepada golongan yang layak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan digalakkan menyalurkan maklumat kepada KPDN melalui saluran aduan rasmi yang disediakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur kursus sembelihan halal perdana, tingkat kefahaman syariah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular