HomeUtamaBeaufort diisytihar kawasan bencana banjir

Beaufort diisytihar kawasan bencana banjir

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Daerah Beaufort hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir susulan limpahan air Sungai Padas yang mengakibatkan beberapa kampung dinaiki air sejak semalam.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Pegawai Daerah Beaufort yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Nazri Ajun pada jam 3 petang tadi.

Beliau berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada agensi penyelamat dan pemantauan di lapangan.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Beaufort,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Berikutan pengisytiharan itu, Nazri berkata, satu Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon diaktifkan bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort adalah dengan ini saya selaku Pengerusi JPBD Beaufort mengisytiharkan bahawa Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon diaktifkan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam meminta penduduk khususnya di kawasan rendah bersiap sedia bagi menghadapi banjir yang berlaku.

“Penduduk khususnya mereka yang tinggal berhampiran sungai ataupun di kawasan berisiko banjir diminta bersiap sedia selain menjaga keselamatan.

“Jika diminta berpindah, ikuti arahan pihak berkuasa agar keselamatan penduduk terjaga” katanya.

Sementara itu, sebanyak tiga kampung dilaporkan terjejas dan proses pemindahan mangsa ke PPK Selagon masih dilaksanakan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah Jabatan Air Sabah dipenjara 96 tahun, denda RM284.3 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular