HomeUtamaOps Tiris 4.0: 160 liter petrol dirampas, lelaki tanpa dokumen ditahan

Ops Tiris 4.0: 160 liter petrol dirampas, lelaki tanpa dokumen ditahan

Read Time:1 Minute, 26 Second

SEMPORNA: Rampasan barang kawalan bersubsidi melibatkan 160 liter minyak petrol di sini membuktikan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) terus diperkukuh dalam membanteras aktiviti penyelewengan.

Dalam operasi tersebut, pihak penguat kuasa juga menyita dua unit tong gas LPG, satu unit enjin pambot 20HP, satu unit enjin pambot 5.5HP serta sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran.

Turut ditahan seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri selepas gagal mengemukakan sebarang kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk memiliki atau menyimpan barang kawalan tersebut.

Nilai rampasan barang kawalan dianggarkan berjumlah RM1,004 manakala keseluruhan nilai rampasan termasuk barang bukan kawalan dianggarkan sebanyak RM1,704.

KPDN Semporna berkata, rampasan dan penahanan itu adalah hasil operasi yang dijalankan di kawasan perairan Pulau Mataking dan Pulau Boheyan, dekat sini, dan kes itu telah diserahkan kepada mereka oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak pada 22 Mei lalu.

Sehubungan itu, KPDN Semporna telah membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan berikutnya atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

“KPDN Semporna terus memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dalam usaha membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi di daerah Semporna serta kawasan perairan sekitarnya.

“Sebarang aduan dan pertanyaan boleh disalurkan melalui saluran rasmi KPDN,” menurut kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Masyarakat Putatan diseru jadi ‘Rakan Lestari’ jaga kemudahan awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular