HomeUtamaPengamal media Sandakan terima penghargaan sempena Aidiladha

Pengamal media Sandakan terima penghargaan sempena Aidiladha

Read Time:45 Second

SANDAKAN : Peranan pengamal media yang sentiasa bertugas tanpa mengira masa demi menyampaikan laporan berita yang tepat dan berinformasi kepada masyarakat amat dihargai.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pengamal media di daerah ini turut menerima sumbangan beras sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas.

Sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa itu disampaikan Setiausahanya,, Sante Villiamon pada majlis ringkas yang diadakan di The Agathis Residence, Taman Rimba Sandakan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Persatuan Media Sandakan, Sabah (PEMASSA), R Fauzi Abdul Lahap yang mewakili Pengerusinya, James Leong Tshun Kian. 

Selain pengamal media, sumbangan beras berkenaan turut diagihkan kepada masyarakat setempat dan golongan memerlukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.

Inisiatif itu mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat serta penghargaan kepada pengamal media yang memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat kepada rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Tiris 4.0: Cubaan seludup 2,000 liter diesel dipatahkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular