HomeUtamaSabah mengalu-alukan peluang kerjasama dengan Norway

Sabah mengalu-alukan peluang kerjasama dengan Norway

Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengalu- alukan peluang kerjasama strategik dengan negara Scandinavia, Norway.

Ia merupakan mesej yang disampaikan beliau semasa pertemuan dengan Duta Besar Norway ke Malaysia Marianne Fosland di Menara Kinabalu hari ini.

Beliau berkata Sabah komited terhadap agenda pembangunan lestari dan mengalu- alukan peluang kerjasama strategik dalam bidang ekonomi hijau, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan pembangunan teknologi.

Dalam pertemuan tersebut turut dibincangkan promosi Sabah sebagai destinasi eko- pelancongan bertaraf antarabangsa dan potensi kerjasama promosi pelancongan Eropah-Sabah.

Fosland diiringi oleh oleh Timbalan Ketua Misi, Knutt Granli.

RELATED ARTICLES
Utama

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular