HomeUtamaHajiji hargai peranan pengamal media sempena HAWANA 2026

Hajiji hargai peranan pengamal media sempena HAWANA 2026

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan penghargaan kepada seluruh pengamal media atas dedikasi, integriti dan komitmen mereka dalam memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat, sahih serta berimbang.

Menerusi hantaran di Facebooknya sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA), beliau menyifatkan wartawan dan pengamal media memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengamal media yang sentiasa memainkan peranan penting sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, tema HAWANA 2026 iaitu “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti” amat bertepatan dalam memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap profesion kewartawanan yang beretika, bertanggungjawab dan berwibawa.

Katanya, media berintegriti menjadi tunjang penting dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat selain membantu membentuk komuniti yang lebih peka dan berinformasi.

Hajiji turut menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pengamal media yang sentiasa komited dalam menyampaikan maklumat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.

“Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen anda dalam menyampaikan maklumat demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara 10 tahun, dua rotan rogol anak tiri

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular