HomeUtamaPBNS santuni masyarakat melalui program korban Aidiladha

PBNS santuni masyarakat melalui program korban Aidiladha

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi menjayakan Program Ibadah Korban sempena Aidiladha tahun ini yang melibatkan tujuh kawasan di seluruh Sabah.

Program berkenaan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan PBNS dalam menyantuni masyarakat serta membantu golongan yang memerlukan melalui agihan daging korban.

Antara kawasan yang menerima manfaat daripada program tersebut ialah Pamaguan, Sandakan, Masjid An-Nur; Kampung Sungai Tangkarason, Paitan; Masjid Nurul Iman, Tambunan; Kampung Pituru Timbang Taun Pitas; Surau Al Fattah, Kampung Sinaron, Sook Nabawan; Kampung Luanti Baru, Keningau dan Masjid Al-Mutaharah, Sebatik Tawau.

PBNS memaklumkan program itu bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan dan nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Majlis penyerahan daging korban di Kampung Pituru Timbang Taun, Pitas telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PBNS, Ag Syairin Ag Bakar.

Menurut PBNS, pelaksanaan program tersebut mencerminkan komitmen agensi itu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial selain membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan memerlukan.

“Program ini juga menjadi medium mengeratkan hubungan silaturahim antara PBNS dan komuniti setempat di samping memupuk semangat perpaduan serta kerjasama dalam masyarakat,” menurut kenyataan itu.

PBNS turut merakamkan penghargaan kepada semua pembayar dan penyumbang yang terus memberikan sokongan kepada agensi berkenaan sehingga pelbagai program kebajikan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Valai Dusun Labuk perkukuh identiti budaya etnik Dusun Labuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular