HomeUtamaTujuh pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul pelajar perempuan

Tujuh pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul pelajar perempuan

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Tujuh pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan kejadian seorang pelajar perempuan dipukul, sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, semua pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 3 petang semalam membabitkan enam pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Menurutnya, pelajar lelaki berkenaan dipercayai bertindak sebagai individu yang merakam keseluruhan kejadian sebelum video terbabit tular di media sosial.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan yang dibuat sendiri oleh mangsa sehari selepas kejadian berlaku.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu apabila mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki, selain lebam pada telinga kiri serta luka kecil pada lutut kiri.

Difahamkan, semua pelajar yang terlibat saling mengenali dan berhubung melalui satu kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai “Angel”.

Kesemua pelajar yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara 10 tahun, dua rotan rogol anak tiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular