HomeUtamaKes Dana Sabah RM1.5 Bilion: G57 Desak SPRM Teliti Semula Kertas Siasatan

Kes Dana Sabah RM1.5 Bilion: G57 Desak SPRM Teliti Semula Kertas Siasatan

Read Time:1 Minute, 21 Second

PUTRAJAYA: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar pagi ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa agensi itu membuka semula siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Kes itu membabitkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika menerajui kementerian berkenaan dari 2009 hingga 2015.

Zulkarnain berkata memorandum itu diserahkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman, bersama laporan media, dokumen sokongan dan bahan rujukan sebagai asas permohonan.

Beliau berkata desakan itu dibuat demi memastikan ketelusan memandangkan kes berkenaan melibatkan dana awam yang besar katanya Ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya disini, hari ini.

Menurutnya selain siasatan utama, memorandum itu turut memohon SPRM meneliti semula beberapa projek pembangunan luar bandar di Sabah, termasuk projek bekalan air Pulau Gaya bernilai kira-kira RM100 juta yang pernah mendapat perhatian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2017.

Zulkarnain turut mencabar Mohd Shafie tampil menjelaskan pencapaian sepanjang menerajui KKLW dalam menyelesaikan isu asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya di Sabah.

Untuk rekod, SPRM pada 2017 menjalankan siasatan terhadap projek bekalan air, elektrik dan jalan raya di Sabah bernilai RM7.5 bilion bagi tempoh 2009 hingga 2015, termasuk dakwaan penyelewengan dana RM1.5 bilion.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keputusan menghentikan kes itu selepas pertukaran kerajaan pada 2018 atas alasan kekurangan bukti, sambil menegaskan rakyat berhak mengetahui asas keputusan tersebut.

Zulkarnain berkata beliau akan terus memperjuangkan isu itu meskipun pernah menerima ugutan, dan menggesa SPRM di bawah kepimpinan baharu menyemak semula semua bukti serta menjalankan siasatan secara telus dan tanpa memilih bulu.

RELATED ARTICLES
Utama

i-Fit Pulau Gaya bentuk komuniti bersih, sihat dan lestari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular