HomeUtamaUMS komited jamin proses yang adil, telus dan saksama kepada semua pelajar

UMS komited jamin proses yang adil, telus dan saksama kepada semua pelajar

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Proses tindakan yang sedang dilaksanakan terhadap dua pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dimulakan berdasarkan maklumat dan laporan yang diterima daripada pihak berkuasa.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, proses yang sedang berjalan itu bertujuan memberi ruang kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk mengemukakan penjelasan serta membolehkan universiti meneliti semua fakta dan maklumat yang relevan.

Menurut kenyataan itu, UMS komited untuk memastikan setiap pelajar diberikan peluang yang adil dan sewajarnya selaras dengan prinsip keadilan, tadbir urus yang baik dan peraturan universiti yang berkuat kuasa.

“Sebagai institusi pendidikan tinggi awam, UMS sentiasa mendukung aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam melahirkan mahasiswa yang berilmu, berfikiran kritis, berintegriti dan bertanggungjawab. 

” Universiti juga percaya bahawa penglibatan mahasiswa dalam isu-isu masyarakat merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembangunan kepimpinan,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

UMS dalam pada masa sama memaklumkan, semua warga universiti mempunyai tanggungjawab untuk menghormati undang-undang, peraturan yang berkuat kuasa serta nilai-nilai yang mendasari keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Sehubungan itu, UMS memohon kerjasama semua pihak untuk menghormati proses yang sedang berjalan dan memberi ruang kepada universiti melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional, adil dan saksama.

RELATED ARTICLES
Utama

Inkues Zara berlangsung hingga Oktober, keputusan dijangka sebelum ‘Legal Year’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular