HomeUtamaSebahagian tulisan dikaitkan dengan Zara bukan ditulis remaja itu

Sebahagian tulisan dikaitkan dengan Zara bukan ditulis remaja itu

Read Time:45 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Sebahagian tulisan dalam dokumen yang dikaitkan dengan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bukan ditulis oleh remaja itu, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.

Pemeriksa Dokumen Forensik dan Pakar Tulisan Tangan, Dr Linthini Gannetion, 34, berkata pemeriksaannya mendapati dokumen W2 tidak digunakan secara eksklusif sebagai jurnal peribadi Zara, manakala dokumen W3 mengandungi lebih daripada satu corak tulisan tangan.

Dr Linthini berkata walaupun sebahagian besar tulisan tangan dalam W2 menunjukkan ciri-ciri yang konsisten dengan tulisan tangan Zara Qairina, beberapa halaman turut mengandungi tulisan individu lain bersama tulisan Zara.

“Halaman dalam W2 yang mengandungi tulisan individu lain bersama tulisan Zara ialah W2_PG45, W2_PG49 hingga W2_PG51, W2_PG58, W2_PG59, W2_PG61 dan W2_PG62.

“Penemuan ini menunjukkan bahawa individu lain mungkin mempunyai akses kepada W2 dan mungkin telah menulis di dalamnya,” katanya ketika membacakan kenyataan saksinya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

BERITA LANJUT MENYUSUL….

RELATED ARTICLES
Utama

Johor turut terima manfaat dana RM1.8 bilion hasil rundingan MA63

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular