HomeUtamaBenih siakap, udang galah dilepas di Sungai Padas

Benih siakap, udang galah dilepas di Sungai Padas

Read Time:1 Minute, 19 Second

TENOM: Sebanyak 1,000 benih ikan siakap dan 2,500 benih udang galah dilepaskan ke Sungai Padas berhampiran Jambatan Baharu Tenom dalam usaha memperkaya sumber perikanan sungai serta menyokong pembangunan kawasan rekreasi di daerah itu.

Benih berkenaan disumbangkan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, menerusi program yang diadakan pada Sabtu.

Program pelepasan benih itu diwakili Pegawai Khas kepada Menteri, Mohd Nizam Ag Kassim, bersama Pegawai Perikanan Daerah Tenom, Francis Tikoi, serta kakitangan Jabatan Perikanan Daerah Tenom.

Turut hadir Pemaju Mukim, Junaidi Juan yang mewakili Pusat Perkhidmatan Masyarakat (PPM) N.42 Melalap, selain wakil Team Nelayan Darat Tenom yang diketuai Fahmi bersama Amo, Herryzan, Enol dan Faisal.

Mohd Nizam berkata, program itu merupakan antara inisiatif Jabatan Perikanan Daerah Tenom yang selaras dengan perancangan Jamawi untuk membangunkan kawasan sekitar Jambatan Baharu sebagai Esplanade Tenom.

“Bagi pihak Datuk Jamawi Jaafar, sebanyak 1,000 benih ikan siakap dan 2,500 benih udang galah disumbangkan untuk dilepaskan ke Sungai Padas.

“Program ini selaras dengan perancangan beliau untuk menjadikan kawasan Jambatan Baharu sebagai Esplanade Tenom yang dapat dimanfaatkan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berharap benih yang dilepaskan itu dapat membesar dan membiak sekali gus meningkatkan populasi ikan serta udang galah di Sungai Padas.

Menurutnya, usaha pemuliharaan dan penambahan sumber perikanan sungai itu bukan sahaja memberi manfaat kepada ekosistem, malah berpotensi menjadi tarikan rekreasi serta aktiviti perikanan darat pada masa hadapan.

Katanya, program berkenaan turut mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memelihara sumber perikanan tempatan di samping menyokong agenda pembangunan berteraskan komuniti dan kelestarian alam sekitar di daerah itu.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Ketua Wiranita STAR Sabah Bingkor umum letak jawatan, keluar parti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular