HomeUtamaSabah, Sarawak perlu diberi 70 peratus hasil cukai karbon

Sabah, Sarawak perlu diberi 70 peratus hasil cukai karbon

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak perlu diberikan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada hasil cukai karbon yang dikutip Putrajaya, gesa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.

Memetik laporan FMT Beliau berkata, kedua-dua negeri itu wajar menerima bahagian berkenaan kerana merupakan penyerap karbon utama Malaysia.

“Kita adalah penjaga karbon dan turut menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis.

“Undang-undang perlu adil. Dasar karbon Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah hak karbon perlu dipelihara di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata, komuniti peribumi, sebagai penjaga hutan, perlu menerima manfaat secara langsung daripada dasar berkaitan karbon.

Katanya, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan Putrajaya.

Jelasnya, hutan paya bakau dan tanah gambut di Sarawak merupakan komponen penting kepada usaha penyerapan karbon Malaysia.

Di luar Pahang, sebahagian besar Semenanjung Malaysia kekurangan kanopi hutan luas yang mampu menyerap karbon dengan banyak.

Beliau mengulangi seruannya untuk pakatan iklim dan ekonomi membabitkan Sarawak, Sabah, Kalimantan serta Brunei, yang dicadangkannya kepada Dewan Perniagaan Indonesia tujuh bulan lalu.

“Kita memerlukan platform bersama kerana Borneo terletak di tengah-tengah Asia,” katanya.

Borneo yang juga pulau ketiga terbesar di dunia, dihuni kira-kira 23 juta penduduk dan kekal kira-kira 60% diliputi beberapa hutan hujan tertua di dunia.

RELATED ARTICLES
Utama

KKDW Perkukuh Penyelarasan Projek Bekalan Air, Infrastruktur Luar Bandar Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular