HomeUtamaBUDI Diesel Di Sabah Bermula Esok

BUDI Diesel Di Sabah Bermula Esok

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU, — Seramai kira-kira 370,000 pemilik kenderaan di Sabah bakal menikmati manfaat pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang bermula esok, 1 Julai, apabila layak membeli diesel bersubsidi pada harga yang ditetapkan kerajaan.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan daripada jumlah itu, sekitar 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan layak membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter, berbanding harga pasaran RM3.97 seliter bagi tempoh 1 hingga 8 Julai 2026.

Selain itu, kira-kira 70,000 kenderaan komersial dan pengangkutan barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan turut layak mendapatkan diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menurut MoF, kerajaan turut memperluaskan liputan subsidi kepada kenderaan persendirian jenis pikap dan jip yang berdaftar atas nama syarikat, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, bagi memastikan lebih ramai pengguna sebenar mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Bagi pemilik pikap dan jip yang layak, permohonan tambahan kuota 100 liter sebulan boleh dibuat melalui portal rasmi BUDI MADANI.

Sehingga jam 9 pagi hari ini, lebih 22,000 permohonan telah diterima di seluruh negara menurut Kenyataan itu lagi.


Jelas Kenyataan itu lagi, dalam usaha memudahkan rakyat, kerajaan juga mengumumkan pengecualian fi pertukaran hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan bermula 1 Julai bagi pengguna sebenar yang menggunakan kenderaan berdaftar atas nama ahli keluarga terdekat.

“Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut akan beroperasi pada hujung minggu sepanjang 4 hingga 26 Julai bagi mempercepatkan urusan tersebut.”

“MoF turut menyediakan mekanisme pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada ahli keluarga terdekat seperti pasangan, ibu bapa, anak atau adik-beradik, tertakluk kepada syarat dan pengesahan”.

” Pemindahan itu hanya dibenarkan sekali dan kepada seorang penerima sahaja.

Pemilik kenderaan diesel di Sabah disaran menyemak status kelayakan serta had pembelian bulanan masing-masing menerusi portal rasmi BUDI MADANI sebelum mendapatkan bekalan diesel bersubsidi mulai esok.

Kerajaan berkata pelaksanaan program itu akan terus dipantau bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak serta mengurangkan ketirisan.

RELATED ARTICLES
Utama

KESUMA digesa gariskan pelan jangka panjang kurangkan pengangguran di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular