HomeUtamaSetiap aduan awam disiasat, ambil tindakan segera - Masidi

Setiap aduan awam disiasat, ambil tindakan segera – Masidi

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan setiap aduan awam yang dibangkitkan menerusi saluran media hendaklah disiasat dan diambil tindakan segera tanpa perlu menunggu arahan.

Beliau berkata, tindakan proaktif itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa cekap, responsif dan berintegriti.

Menurutnya, usaha berterusan juga perlu dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan serta profesionalisme penjawat awam agar sentiasa peka terhadap tuntutan semasa dan mampu memenuhi harapan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih berkesan dan berkualiti.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, Datuk Zainudin Aman baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Masidi turut mengucapkan tahniah kepada Zainudin atas pelantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Pengalaman dan kepimpinan Datuk Zainudin akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam serta menyokong agenda pembangunan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

208 PATI ditahan dalam 26 operasi serentak JIM Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular