HomeUtamaPengurus didenda RM10,000 ambil PATI bekerja

Pengurus didenda RM10,000 ambil PATI bekerja

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengurus sebuah premis mencuci kereta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menggaji seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) tahun lalu.

Tertuduh, Nur Fatin Rosli, 30, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Bagaimanapun, tertuduh telah menjelaskan denda tersebut.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh pada Selasa.

Mengikut pertuduhan, Nur Fatin didakwa mengambil bekerja seorang lelaki warga Filipina berusia 20 tahun yang tidak memiliki pas yang sah atau Permit Masuk di sebuah premis mencuci kereta di Putatan pada 23 September 2025, jam 11.15 pagi.

Nur Fatin didakwa mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pendatang tanpa izin yang diambil bekerja, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menjalankan Ops Minyak di premis berkenaan sebelum menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Siasatan kemudian mendapati warga asing itu bekerja di premis berkenaan tanpa pas yang sah untuk bekerja atau berada di negeri ini.

Hasil siasatan turut mendapati Nur Fatin merupakan pengurus yang diamanahkan menguruskan operasi dan perniagaan premis berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Mohd Sharifuddin Salim.

RELATED ARTICLES
Utama

Hakisan tebing sungai di Kg Ulu Uloi perlu tindakan segera –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular