HomeUtamaJurulatih mengaku bersalah amang seksual fizikal anak murid

Jurulatih mengaku bersalah amang seksual fizikal anak murid

Read Time:59 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar wanitanya akan mengetahui hukumannya pada 14 Julai ini.

Hakim Marlina Ibrahim menetapkan tarikh menjatuhkan hukuman terhadap Yuslaine Awang Yusof, 40, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah asrama di Putatan pada malam 26 Ogos 2023.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, serta penjara tambahan sehingga lima tahun dan minimum dua sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya AK Johari @ Pg Johari hadir untuk pendakwaan manakala Yuslaine diwakili oleh peguam Michelle Usman.

Pada 29 Jun lalu, Yuslaine dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah, atas kesalahan mencabul seorang lagi pelajarnya pada tahun yang sama. Mangsa ketika itu berusia 18 tahun.

Bagi kesalahan itu, dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Lepasan STPM digesa bijak pilih bidang pengajian dan kerjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular