HomeUtamaLepasan STPM digesa bijak pilih bidang pengajian dan kerjaya

Lepasan STPM digesa bijak pilih bidang pengajian dan kerjaya

Read Time:58 Second

PUTATAN: Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Parlimen Putatan digesa meneruskan kecemerlangan akademik dengan membuat pilihan bijak dalam menentukan bidang pengajian dan kerjaya yang selari dengan keperluan industri masa depan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, golongan itu perlu meningkatkan iltizam untuk melangkah ke institusi pengajian tinggi serta menceburi bidang pekerjaan yang mampu memenuhi permintaan industri di Sabah dan negara.

Menurutnya, perkembangan pesat teknologi, termasuk Kecerdasan Buatan (AI), membuka peluang kerjaya yang luas dan wajar diterokai oleh generasi muda bagi meningkatkan daya saing serta menyumbang kepada pembangunan Putatan.

“Para lepasan STPM perlu bijak memilih bidang pengajian dan kemahiran sekiranya ingin melanjutkan pelajaran atau memasuki alam pekerjaan. Pilihlah bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam pelbagai industri.

“Langkah ini penting bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran, sekali gus meningkatkan daya saing Putatan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Cemerlang STPM 2025 di Hotel Pan Borneo, di sini.

Pada majlis itu, seramai 44 pelajar cemerlang STPM 2025 dari kawasan Parlimen Putatan menerima sumbangan penghargaan atas pencapaian mereka dalam peperiksaan berkenaan.

Penerima terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, SMK Sanzac dan SMK La Salle.

RELATED ARTICLES
Utama

Hospital Tawau anjur kempen derma darah esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular