HomeUtama139 warga asing ditahan, JIM Sabah tegas banteras PATI

139 warga asing ditahan, JIM Sabah tegas banteras PATI

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 139 warga asing ditahan dalam beberapa siri operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

Dalam Ops Bersama dengan Agensi Penguatkuasaan serta Ops Sapu yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa, JIM Sabah seramai 247 individu diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati 139 individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka yang ditahan membabitkan 32 lelaki dewasa, 41 perempuan dewasa, 30 kanak-kanak lelaki dan 26 kanak-kanak perempuan warga Filipina, selain 10 perempuan dewasa warga Vietnam.

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM Sabah untuk membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen di negeri ini,” menurut kenyataan JIM Sabah, hari ini.

JIM Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI dan menyeru kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka.

“Selain itu, tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya yang melibatkan isu keselamatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MAHA Labuan 2026: Ambuyat, ikan ampap jadi tarikan di gerai pameran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular