HomeUtamaRemaja perempuan dilaporkan hilang ditemui selamat

Remaja perempuan dilaporkan hilang ditemui selamat

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, Gwynne Mia Erbin, 13, berjaya ditemui dalam keadaan selamat di hadapan sebuah rumah di Inanam, kira-kira jam 3 petang, Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, ketika ditemui mangsa berada bersendirian dalam keadaan sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, hasil keterangan awal mendapati mangsa memaklumkan bahawa dia telah mengikut seorang rakannya sejak hari sebelumnya.

“Selepas ditemui, mangsa dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi tujuan membuat laporan susulan dan tindakan lanjut.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga siasatan selesai dijalankan.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan kes hendaklah dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi saluran rasmi.

Dalam pada itu, Syed Lot turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan kerjasama, menyalurkan maklumat serta membantu menyebarkan hebahan mengenai kehilangan mangsa sehingga remaja berkenaan berjaya ditemui dengan selamat.

RELATED ARTICLES
Utama

Penemuan mayat bayi, polis giat kesan individu bertanggungjawab

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular