HomeUtamaPemuda GRS komited perjuangkan agenda dan aspirasi anak muda Sabah

Pemuda GRS komited perjuangkan agenda dan aspirasi anak muda Sabah

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan agenda dan aspirasi golongan muda dengan memberi tumpuan kepada isu-isu yang memberi impak langsung terhadap kesejahteraan serta masa depan belia di negeri ini.

Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J. Kurum berkata, peluang pekerjaan, pendidikan, keusahawanan, pembangunan modal insan serta penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik akan terus menjadi keutamaan perjuangan sayap itu.

Beliau berkata, Pemuda GRS akan memastikan suara dan pandangan anak muda sentiasa diangkat dalam setiap perancangan serta pelaksanaan agenda pembangunan negeri.

“Pemuda GRS komited untuk terus menjadi suara anak muda Sabah dengan memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati rakyat, khususnya berkaitan peluang pekerjaan, pendidikan, keusahawanan dan pembangunan modal insan.

“Kita juga akan terus menyokong usaha menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur yang lebih baik demi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan Pemuda GRS yang diadakan bagi menyelaras gerak kerja organisasi serta memperkukuhkan peranan sayap itu dalam mendepani pelbagai isu semasa melibatkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Menurutnya, mesyuarat itu turut membincangkan perkembangan politik, ekonomi dan agenda pembangunan negeri, selain memperhalusi pendekatan yang akan digerakkan bagi memastikan aspirasi golongan muda terus diberikan perhatian.

Dalam majlis sama, turut berlangsung penyerahan surat pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pemuda GRS sebagai langkah memperkukuhkan struktur organisasi dan meningkatkan keberkesanan gerak kerja di semua peringkat.

Jonnybone berkata, Pemuda GRS akan terus mendukung agenda pembangunan kerajaan negeri bagi memastikan Sabah terus maju, stabil dan sejahtera, di samping mewujudkan lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.

Katanya, sayap itu juga akan terus memperkukuhkan peranannya sebagai platform yang mewakili suara belia Sabah, sekali gus memastikan keperluan dan harapan mereka diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

“Pucuk Dicita, Ulam Mendatang” — Anwar Sambut Cabaran Dedah RCI Tabung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular