HomeSukanSabah FC sasar kelompok lima terbaik Liga Super 2026/2027

Sabah FC sasar kelompok lima terbaik Liga Super 2026/2027

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan Liga Malaysia 2026/2027 dalam kelompok lima terbaik selepas melakukan persiapan rapi bagi menghadapi musim baharu.

Pengurus Sabah FC, Muhd Arziz Afizy Rumsani berkata, pasukan itu telah membuat persediaan menyeluruh bagi memastikan skuad mampu bersaing secara konsisten sepanjang musim.

Menurutnya, sasaran lima terbaik itu diyakini mampu dicapai berdasarkan persiapan yang dilakukan termasuk pembentukan skuad baharu.

“Persiapan pasukan Sabah FC kali ini adalah untuk menghadapi musim 2026/2027 dan sasaran kami ialah berada dalam kelompok lima terbaik Liga Super musim ini,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini pada Rabu.

Sebagai sebahagian daripada persiapan pra musim, Sabah FC akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pasukan Pilihan Keningau pada 31 Julai ini di Keningau.

Arziz berkata, semua pemain Sabah FC akan dibawa ke perlawanan itu bagi memberi peluang kepada penyokong di kawasan pedalaman menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi secara lebih dekat.

“Kami berharap masyarakat Keningau turun beramai-ramai memberikan sokongan. Ini peluang terbaik untuk penyokong melihat semua pemain Sabah FC beraksi di sana,” katanya.

Beliau berkata, Sabah FC turut merancang mengadakan siri jelajah pra musim ke beberapa daerah lain di Sabah, namun pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian.

Dalam perkembangan lain, Arziz memaklumkan jadual Liga Super musim baharu telah diumumkan dengan Sabah FC dijadual membuka kempen pada 23 Ogos ini.

Menyentuh mengenai pembentukan skuad, beliau berkata setakat ini tiada lagi pemain import baharu akan dibawa masuk selain mereka yang telah diumumkan menerusi platform media sosial rasmi kelab.

Bagi pemain tempatan pula, Sabah FC telah memperkenalkan beberapa muka baharu termasuk Fayadh Zulkifli; Fadzrul Danel serta beberapa pemain lain selain terus memberi kepercayaan kepada bakat muda kelahiran Sabah untuk memperkukuhkan pasukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC terima tajaan RM4 juta, sedia harungi musim Liga Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular