HomeUtamaLaluan 'contra-flow' di Jalan Tun Fuad Stephen bermula esok

Laluan ‘contra-flow’ di Jalan Tun Fuad Stephen bermula esok

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan melaksanakan laluan ‘contra-flow’ di kawasan penutupan jambatan di KM2.850 Jalan Tun Fuad Stephen bermula jam 5 pagi esok bagi memastikan kelancaran aliran trafik sementara kerja pemasangan jambatan sementara dijalankan.

Pelaksanaan laluan itu membabitkan pergerakan kenderaan di kedua-dua arah, iaitu dari Bandaraya Kota Kinabalu menuju Teluk Likas serta laluan bertentangan.

Menurut kenyataan JKR Sabah, sistem laluan sementara itu akan terus dilaksanakan sehingga kerja pemasangan jambatan sementara di lokasi berkenaan selesai.

Bagaimanapun, kenderaan berat melebihi lima tan yang mempunyai saiz lebar dan panjang tidak dibenarkan menggunakan laluan ‘contra-flow’ tersebut.

Sebaliknya, pemandu kenderaan berat terbabit diminta menggunakan laluan alternatif yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda amaran dan arahan lalu lintas yang dipasang di kawasan berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan laluan sementara itu.

Pengguna jalan raya juga disaran merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesulitan dan mengelakkan kelewatan ketika melalui kawasan penutupan jambatan berkenaan.

Pelaksanaan laluan ‘contra-flow’ itu adalah sebahagian daripada langkah pengurusan trafik susulan penutupan segera jambatan di KM2.850 Jalan Tun Fuad Stephen bagi membolehkan kerja-kerja berkaitan dijalankan dengan selamat.

RELATED ARTICLES
Utama

Kereta terjunam ke sungai ketika mengundur, tiga mangsa selamat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular