HomeUtamaFadillah Bakal Jalani Pembedahan Pintasan Jantung di IJN

Fadillah Bakal Jalani Pembedahan Pintasan Jantung di IJN

Read Time:38 Second

KUALA LUMPUR— Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), keadaan Fadillah kini dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya dan tidak menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihannya berjalan lancar.

Keluarga beliau memohon orang ramai mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan dipermudahkan, selain berharap Fadillah dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Keluarga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan yang diberikan.

Kenyataan mengenai keadaan kesihatan beliau itu dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri PETRA, Datuk Hajah Misiah Taib, pada Isnin.

RELATED ARTICLES
Utama

Esports pemangkin ekonomi digital, buka lebih banyak peluang kerjaya belia Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular