HomeUtamaEsports pemangkin ekonomi digital, buka lebih banyak peluang kerjaya belia Sabah

Esports pemangkin ekonomi digital, buka lebih banyak peluang kerjaya belia Sabah

Read Time:1 Minute, 34 Second

RANAU: Industri e-sukan (Esports) kini bukan lagi sekadar medium hiburan, sebaliknya berkembang sebagai sektor ekonomi digital yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya kepada golongan muda.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata perkembangan pesat industri itu membuka peluang pekerjaan bukan sahaja sebagai pemain profesional, malah dalam bidang kejurulatihan, penganalisis permainan, pencipta kandungan, penstrim, pengulas pertandingan, pengurusan pasukan, pemasaran digital dan teknologi.

Beliau berkata, kerajaan mahu melihat lebih ramai anak muda Sabah menjadi pencipta peluang serta peneraju dalam ekonomi digital dengan membangunkan bakat melalui ilmu, disiplin dan pengalaman.

“Kerjasama erat antara kerajaan, komuniti Esports, sektor swasta dan penganjur kejohanan perlu terus diperkukuh bagi memperkasakan pembangunan industri ini serta menyediakan lebih banyak platform kepada bakat tempatan untuk berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin, ketika merasmikan Borneo Esport Tournament 2026 (BEST26) di Dewan Masyarakat Ranau, pada Sabtu.

Masidi berkata, kerajaan akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyokong pembangunan bakat dan mewujudkan ekosistem kondusif bagi memastikan industri e-sukan terus berkembang sebagai antara pemangkin ekonomi digital negeri.

“Anak muda Sabah, khususnya dari Ranau, mampu melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi sekiranya diberi peluang mengembangkan bakat melalui penyertaan dalam pertandingan serta akses kepada jaringan industri Esports yang lebih luas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap BEST26 menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, membina pengalaman dan memperkukuh komuniti e-sukan di Ranau serta Sabah sebelum merasmikan kejohanan itu secara rasmi.

Kejohanan BEST26 mempertandingkan tiga kategori permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan eFootball.

Seramai 381 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan itu membabitkan wakil dari sembilan daerah, iaitu Ranau, Kota Kinabalu, Labuan, Keningau, Tambunan, Semporna, Kota Belud, Kota Marudu dan Sandakan.

Turut hadir Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Ranau, Sazaki Mohd Zin; Pengarah Program Borneo Esport Tournament 2026, Mohd Adib Moin; serta Pegawai Kemajuan Masyarakat N.37 Karanaan, Syukri Saridih.

RELATED ARTICLES
Utama

PETRONAS perkukuh kerjasama industri, pengawal selia menerusi Forum Pengawalseliaan Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular