KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat Komuniti Eko-Pelancongan Mukim Kibbas-Tambiau yang diketuai Pengerusinya, Jubair Juhinin, di pejabatnya, di sini, pada Selasa.
Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan itu serta komitmen komuniti berkenaan dalam memperkukuh pembangunan eko-pelancongan yang mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Sementara itu, Jubair merakamkan penghargaan kepada Masidi kerana mengambil perhatian terhadap aspirasi dan keperluan komuniti berkenaan.
Beliau berkata sokongan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh infrastruktur dan kemudahan berkaitan amat penting bagi membantu usaha komuniti memperkasakan sektor eko-pelancongan di kawasan berkenaan.
Jubair berharap kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh bagi membangunkan lebih banyak produk eko-pelancongan serta hasil tempatan yang berdaya saing dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.



