HomeUtamaDBKK gempur penjaja tanpa lesen, sembilan dikompaun

DBKK gempur penjaja tanpa lesen, sembilan dikompaun

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Seramai 14 penjaja didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di tempat letak kereta bersebelahan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Daripada jumlah itu, sembilan penjaja ditawarkan kompaun kerana menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen yang sah, manakala beberapa peralatan perniagaan turut disita.

Empat kenderaan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen di kawasan berkenaan turut disita.

Operasi yang dijalankan pada 1 dan 2 Ogos bermula jam 10 malam itu melibatkan seramai 43 anggota DBKK daripada Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan.

DBKK dalam kenyataan berkata sembilan penjaja berkenaan ditawarkan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja 3(11).

Menurut DBKK, operasi bersepadu itu dilaksanakan bagi meningkatkan pematuhan terhadap peraturan dan UUK yang berkuat kuasa di sekitar bandar raya.

“Operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang kecil yang berkuat kuasa di sekitar bandar raya sentiasa dipertingkatkan,” menurut kenyataan itu.

Foto ihsan DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Bakeri diambil tindakan, KPDN ingatkan peniaga jangan abai tempoh permit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular