SELAYANG : Pasukan bola sepak wanita Sabah kembali dilandasan tepat apabila berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan 3-0 dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Selangor 2026 di Stadium Selayang, malam tadi.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan Sabah mengumpul tiga mata penting selepas tewas 1-2 kepada tuan rumah Selangor dalam perlawanan pembukaan sebelum ini.
Berdasarkan kedudukan terkini Kumpulan A, Selangor kini mendahului carta dengan enam mata daripada dua perlawanan, manakala Sabah berada di tangga kedua dengan tiga mata.

Wilayah Persekutuan pula masih gagal mengutip sebarang mata selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.
Kejayaan menundukkan Wilayah Persekutuan bukan sahaja menghidupkan semula kempen Sabah, malah meletakkan pasukan itu dalam kedudukan terbaik untuk merebut slot ke peringkat separuh akhir.
Sabah kini hanya perlu menampilkan aksi konsisten dalam perlawanan terakhir kumpulan bagi mengesahkan kemaraan ke kelompok empat pasukan terbaik kejohanan.

Sementara itu, saingan bola sepak lelaki Sabah turut menunjukkan perkembangan positif apabila skuad lelaki mendahului Kumpulan A dengan tiga mata selepas dua perlawanan.
Sabah berkongsi jumlah mata yang sama dengan Terengganu, namun berada di kedudukan teratas berdasarkan kelebihan jaringan.
Pasukan lelaki Sabah dijadualkan akan bertemu Pahang dalam aksi suku akhir yang dijadualkan pada 18 Ogos ini. – SABAH MEDIA



