HomeUtamaSabah dijangka dilanda jerebu mulai Sabtu ini

Sabah dijangka dilanda jerebu mulai Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Sabah dijangka mula mengalami keadaan cuaca berjerebu mulai 29 Ogos ini susulan pengaruh angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, beberapa kawasan di Malaysia berisiko mengalami cuaca berjerebu dengan jarak penglihatan yang terhad dalam tempoh 27 hingga 31 Ogos.

Menurutnya, analisis model ramalan cuaca yang dipantau menunjukkan keadaan atmosfera ketika ini berpotensi mempengaruhi penyebaran asap dan meningkatkan kepekatan jerebu di beberapa kawasan.

“Di Sabah, keadaan cuaca berjerebu dijangka berlaku mulai 29 Ogos 2026,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis

Hisham berkata, keadaan jerebu dijangka lebih ketara di beberapa kawasan lain di negara ini, khususnya Sarawak yang berpotensi menjadi negeri paling terkesan.

Berdasarkan ramalan model kepekatan jerebu MyCMAQ, kebanyakan daerah di Sarawak dijangka mengalami cuaca berjerebu pada tahap Tidak Sihat, manakala beberapa daerah berpotensi mencapai tahap Sangat Tidak Sihat pada 30 dan 31 Ogos.

Di Semenanjung pula, kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku terutama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 31 Ogos.

Menurutnya lagi, pihaknya sedang memantau keadaan itu secara berterusan dan akan mengemas kini ramalan berdasarkan perubahan cuaca serta keadaan atmosfera terkini.

Orang ramai di Sabah dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan terkini berkaitan keadaan cuaca dan jerebu menerusi saluran rasmi MET Malaysia bagi mendapatkan maklumat semasa.

Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web MET Malaysia, media sosial rasmi jabatan serta aplikasi myCuaca. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Inkues Zara: Bapa, kakak tiri dijangka dipanggil sebagai saksi bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular