KOTA KINABALU : Satu kawasan di Sabah mencatat kualiti udara tidak sihat setakat jam 12 tengah hari pada Ahad.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, kawasan terlibat adalah di Politeknik Kota Kinabalu (PKK).
Kawasan berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sabah iaitu pada bacaan 109. Bacaan itu meningkat secara berperingkat sejak awal pagi hari ini.
Ini diikuti oleh daerah Kota Kinabalu yang mencatatkan bacaan IPU 95 pada jam 12 tengah hari, menunjukkan peningkatan berterusan berbanding bacaan pada awal pagi.
Sementara itu, lokasi lain seperti Keningau dan Kimanis kedua-duanya masing-masing mencatatkan bacaan IPU 92 dan 90.
Sandakan berada pada bacaan 77, manakala Tawau mencatatkan IPU paling rendah iaitu 70.
Manakala di Wiliyah Persekutuan Labuan turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 125.
Orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal luar sekiranya mengalami sebarang gejala. – SABAH MEDIA



