HomeUtamaDua majikan didenda gaji pekerja asing tanpa dokumen

Dua majikan didenda gaji pekerja asing tanpa dokumen

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Dua majikan masing-masing didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan berasingan menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pekerja asing yang digaji atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Seorang daripada majikan berkenaan didenda RM10,000 kerana menggaji seorang pekerja asing tanpa dokumen perjalanan sah, manakala seorang lagi dikenakan denda keseluruhan RM30,000 kerana menggaji tiga pekerja asing tanpa dokumen.

Kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang digaji, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh mahkamah sama kerana membenarkan seorang pendatang tanpa izin berada di premis di bawah kawalannya.

Wanita itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan dilakukan di sekitar kawasan bandar raya dan Keningau ketika pihak berkuasa menjalankan operasi berasingan.

Ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan bagi semua kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Mohd Sharifuddin Salim.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing ditahan bersama senapang angin guli buatan sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular