HomeUtamaMasuk Sabah secara haram, 18 warga asing dipenjara

Masuk Sabah secara haram, 18 warga asing dipenjara

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seramai 18 warga asing dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkap terhadap 17 tertuduh yang terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita warga Filipina serta empat lelaki warga Indonesia.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sebelum dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman keseluruhan 10 bulan penjara dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Tertuduh, Adam, 24, dipenjara empat bulan kerana didapati memasuki Sabah tanpa pas yang sah pada 19 Ogos lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paka-Paka, Kota Belud.

Adam turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan kerana memasuki semula ke negeri ini secara tidak sah selepas dikeluarkan secara sah dari negara ini pada 11 Mei 2023.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan sebelum tertuduh dirujuk semula kepada JIM untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Imigresen Gressia Yolanda Ismail Uvaraj.

RELATED ARTICLES
Utama

600 liter petrol dirampas di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular