HomeUtamaGagasan Rakyat Ranau susun semula kepimpinan bahagian

Gagasan Rakyat Ranau susun semula kepimpinan bahagian

Read Time:51 Second

RANAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Ranau menyusun semula barisan kepimpinannya bagi memperkukuh organisasi parti di kawasan Parlimen Ranau yang merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Karanaan, Kundasang dan Paginatan.

Susulan penstrukturan semula itu, Datuk Seri Masidi Manjun dilantik sebagai Ketua Bahagian (Penaja), manakala Datuk Amisah Yassin sebagai Timbalan Ketua, Johari Suhaimin (Naib Ketua) dan Samsul Amar Jaimin sebagai Setiausaha Bahagian.

Bagi sayap parti, Mohd Sharin Mujin menerajui Pergerakan Pemuda, Jalisa Nasiri sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan Norhajiah Ropotoh mengetuai Pergerakan Beliawanis.

Penstrukturan itu dilihat sebagai langkah memperkemas organisasi parti di peringkat bahagian, selain memperkukuh gerak kerja serta meningkatkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan.

Gabungan pengalaman kepimpinan serta penglibatan golongan muda dan wanita turut memberi ruang kepada Gagasan Rakyat untuk membawa pendekatan yang lebih dinamik dalam mendekati masyarakat, khususnya dalam memahami keperluan dan aspirasi penduduk di ketiga-tiga DUN.

Barisan kepimpinan baharu itu diharap dapat memperkukuh jentera organisasi parti di Ranau, selain menyokong usaha pembangunan dan menjaga kepentingan masyarakat setempat.

RELATED ARTICLES
Utama

Ranau semakin jadi tumpuan jenama dan usahawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular