HomeUtamaPerdana Menteri hadir makan malam sempena mesyuarat MTPMA63

Perdana Menteri hadir makan malam sempena mesyuarat MTPMA63

Read Time:48 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU :Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) di sini malam ini.

Ketibaan beliau pada 7.50 malam disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama menteri-menteri Persekutuan dan negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta agensi berkaitan kerajaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional negeri Sabah sebelum jamuan makan malam disajikan.

Turut menghiburkan tetamu pada majlis berkenaan ialah penyanyi tempatan Azharina Azhar, Sumarli Loli dan Ryenald Guntabid.

Terdahulu, Anwar tiba di Sabah pada 6.45 petang sempena lawatan kerja dua hari dengan beberapa program rasmi dijadualkan termasuk mempengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Tahun 2026 esok.

Beliau dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas sebelum meneruskan lawatan ke pusat pemindahan sementara mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serbaguna Damai pada tengah hari.– BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar tiba di Sabah, pengerusikan mesyuarat MTPMA63 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular