HomeUtama1,551 kes kebakaran terbuka direkodkan di Sabah hingga 13 September

1,551 kes kebakaran terbuka direkodkan di Sabah hingga 13 September

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,551 kes kebakaran terbuka direkodkan di seluruh Sabah bagi tempoh 1 Mac hingga 13 September tahun ini, dengan kawasan belukar dan alang mencatatkan jumlah tertinggi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, kes kebakaran terbuka dari April hingga Jun menunjukkan jumlah kes tertinggi yang direkodkan sebanyak 655 kes atau 42.2 peratus.

Katanya, ia diikuti dari Julai hingga September dengan 470 kes atau 30.3 peratus, manakala pads Mac, ia merekodkan 426 kes atau 27.5 peratus.

“Daripada keseluruhan kes yang direkodkan, kategori belukar dan lalang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,012 kes atau 65.2 peratus, diikuti kebakaran hutan sebanyak 381 kes atau 24.6 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, khususnya ketika keadaan cuaca kering yang boleh menyebabkan api merebak dengan pantas dan sukar dikawal.

Menurutnya, aspek keselamatan perlu menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan kejadian kebakaran tidak mengancam nyawa, harta benda serta alam sekitar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Pisar Aziz

“Keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

“Masyarakat perlu memainkan peranan dengan mengelakkan pembakaran terbuka, segera memadamkan sebarang punca api dan melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kebakaran,” katanya.

Mohd Pisar berkata, JBPM Sabah akan terus memperkukuhkan pemantauan kawasan hotspot, kesiapsiagaan operasi serta usaha pendidikan dan kesedaran awam bagi mengurangkan risiko kebakaran terbuka di seluruh negeri.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah sebarang aktiviti yang berpotensi mencetuskan kebakaran, terutama ketika keadaan cuaca panas dan kering.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Muka Sauk Kabang capai 94 peratus, baki kerja dipercepat

Jafry (duduk, tengah) bersama pihak penganjur lain menunjukkan poster promosi Sambutan Hari Malaysia 2026 pada sidang media khas di sini, hari ini. - Foto Sabah Media/ Alexter Rosalia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular