HomeUtamaLoke sudah serah surat peletakan jawatan, berkuat kuasa sebaik Najib jalani tahanan...

Loke sudah serah surat peletakan jawatan, berkuat kuasa sebaik Najib jalani tahanan rumah

Read Time:1 Minute, 1 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam. 

Beliau berkata Anwar memintanya untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan buat masa ini, namun peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

“Apabila Datuk Seri Najib balik rumah, maka peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa.

“Peletakan jawatan ini adalah keputusan parti berdasarkan respons dan pendirian DAP terhadap isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak yang kita tidak bersetuju,” katanya selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2026 di sini, hari ini. 

Loke berkata surat berkenaan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri ketika kedua-duanya mengadakan perbincangan mengenai keputusannya untuk berundur daripada Jemaah Menteri.

Buat masa ini, beliau masih menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan dan belum ada pengganti dilantik bagi jawatan berkenaan.

Loke turut menegaskan keputusannya untuk berundur kekal selaras dengan pendirian DAP.

Pada 19 Sept, Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan pendirian DAP berhubung pengampunan bersyarat terhadap Najib selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM rekod lebih RM407,000 tindakan penguatkuasaan dan rampasan di Beluran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular