HomeUtamaLapor diri doktor lantikan tetap belum selesai, KKM minta elak kesimpulan awal

Lapor diri doktor lantikan tetap belum selesai, KKM minta elak kesimpulan awal

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua pihak tidak membuat kesimpulan awal berhubung urusan lapor diri pegawai perubatan lantikan tetap kerana proses berkenaan masih berlangsung dan belum selesai.

KKM dalam kenyataan hari ini berkata, urusan lantikan tetap Pegawai Perubatan Gred UD10 Fasa 2/2026 membabitkan 4,255 pegawai yang ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement.

Lantikan berkenaan berkuat kuasa mulai 28 September lalu, manakala pegawai yang terlibat mempunyai tempoh sehingga 7 Oktober ini untuk melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing.

“Sehubungan itu, KKM ingin menjelaskan bahawa proses lapor diri pegawai ke fasiliti penempatan masing-masing masih sedang berlangsung dan belum selesai,” menurut kenyataan itu.

Berikutan proses yang masih berjalan, KKM menyeru semua pegawai perubatan yang belum melapor diri supaya segera berbuat demikian.

Mereka turut diingatkan supaya melengkapkan urusan lapor diri di PTj masing-masing sebelum tarikh akhir ditetapkan.

“Justeru, KKM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan awal dan memberi ruang kepada kelancaran proses penempatan ini,” jelas kenyataan itu lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Remaja didakwa lakukan amang seksual terhadap adik kandung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular