HomeUtama28 penduduk dipindahkan akibat banjir di Penampang

28 penduduk dipindahkan akibat banjir di Penampang

Read Time:44 Second

PENAMPANG: Seramai 28 penduduk daripada tiga kawasan di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang susulan banjir akibat hujan berterusan malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawasan terjejas membabitkan Kampung Penampang Proper, kawasan belakang Loji Rawatan Air Kasigui dan Kampung Kibabaig.

Daripada jumlah itu, 10 penduduk dari Kampung Penampang Proper, 14 dari kawasan belakang Loji Rawatan Air Kasigui dan empat dari Kampung Kibabaig dipindahkan ke PPS berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, operasi pemindahan bermula kira-kira jam 10 malam (1 Okt) dan berakhir sekitar jam 1.30 pagi tadi selepas semua penduduk yang terjejas berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

Operasi membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dengan menggunakan kenderaan Vigo serta bot NADMA.

Setelah memastikan semua mangsa selamat dan tiada lagi penduduk yang memerlukan bantuan pemindahan, operasi ditamatkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pokok tumbang hempap dua kereta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular