HomeUtamaCabul pelanggan, tukang urut dipenjara 20 bulan dua sebat

Cabul pelanggan, tukang urut dipenjara 20 bulan dua sebat

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang tukang urut yang mencabul pelanggan lelaki ketika memberikan perkhidmatan urut dihukum penjara 20 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ahmad Johan Yong Abdullah, 31, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Marilyn Kelvin selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa di sebuah pusat urut dan refleksologi di sebuah pusat beli-belah, di sini, kira-kira jam 1.30 petang pada 21 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu ketika itu mendapatkan perkhidmatan urut badan dan hanya memakai ‘boxer’ ketika diurut.

Pengadu mendakwa tertuduh yang bekerja sebagai tukang urut sambilan (on call) beberapa kali menyentuh bahagian sulitnya, selain menggentel kedua-dua puting dadanya.

Pengadu menegur perbuatan tertuduh, namun teguran itu tidak diendahkan sebelum dia membuat laporan polis kerana berasa tidak selesa dan tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ronny Anak Antony memohon hukuman berbentuk pencegahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Paginatan, Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular