HomeUtamaRitma Kinabalu 2026: Laluan utama pusat bandar ditutup secara berkala

Ritma Kinabalu 2026: Laluan utama pusat bandar ditutup secara berkala

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Beberapa laluan utama dan kawasan tempat letak kereta di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu akan ditutup sementara secara berkala mulai hari ini bagi memberi laluan kepada penganjuran Program Ritma Kinabalu @ Rhythms of Kinabalu (ROK) 2026.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataan memaklumkan penutupan tempat letak kereta di Padang Merdeka akan bermula jam 1 pagi hari ini hingga 11 malam, Ahad.

Menurut DBKK, penutupan berkenaan dilaksanakan bagi membolehkan kerja persediaan tapak serta memastikan kelancaran penganjuran program berkenaan.

Selain itu, penutupan jalan secara berkala akan dilaksanakan pada Sabtu, 3 Oktober bermula dari jam 4 petang hingga 6 petang sempena acara Perarakan Ritma Kinabalu 2026.

Antara laluan yang terlibat ialah Jalan Padang, Jalan KK Bypass, Jalan Bandaran, Bulatan Bangau dan Jalan Gaya.

DBKK menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas di lokasi bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan semua pihak.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada DBKK melalui talian 012-8226601 atau 012-8114465 pada waktu pejabat.

RELATED ARTICLES
Utama

PERANTIS 2026 perkasa 37 wanita ke arah kepimpinan ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular